Fit Malaysia
14 Jun 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 13 Jun 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia telah menghantar wakil untuk menyertai program Fit Malaysia anjuran Kementerian Belia dan Sukan bagi acara larian 5KM. Program ini berlangsung di UITM Arau dan track larian sekitar pekan Arau. Acara larian 5KM berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Tujuan PI menghantar wakil adalah supaya peserta tersebut menjadi agen untuk mempromosikan PI kepada orang ramai ketika acara berlangsung. Penyertaan juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dalam diri peserta serta mendekatkan peserta supaya dapat menyertai apa-apa program yang akan dianjurkan pada masa hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: